Kerusi selamat

Kerusi selamat ialah kawasan pilihan raya dalam badan perundangan dianggap mempunyai kebarangkalian menang yang sangat tinggi untuk sesebuah parti atau calon. Dalam senario ini, peluang untuk rampasan kerusi oleh pihak lawan adalah sangat kecil kerana kecenderungan pengundi untuk terus memilih penyandang dalam skala yang agak besar.